Pagi2 lagi Papa dah wake me up 1 family.. Today kitaorang melawat K9 Spinal Ward in HKL.. So dengan semangat nyer Fis dah bangun untuk pergi bagi semangat kat pesakit2 Spine and Traumatology.. Last 2 weeks i ada join Ras Adiba Radzi untuk Symposium Pesakit Spinal Cord Injury kat Cheras.. Mungkin sebagai hambaNya kita hanya mampu melihat penderitaan pesakit2 ini, tapi jika kita selami perasaan dan hati mereka, pasti kita akan tersentuh akan penderitaan mereka..
Di atas inisiatif itu saya dan family telah mendaftar sebagai sukarelawan untuk K9 Spinal.. InsyaAllah saya akan terus menyokong persatuan ini dibawah naungan RAS ADIBA RADZI..

Pesakit di Ward K9 in Hospital Kuala Lumpur

During symposium Session
Senyumku tak seghairah
Gerak gaya tidak selincah
Mataku tak seayu
Kicau burung pun tak semerdu
Namun ku punya hati
Juga gayaku perasaan
Hidupku yang begini
Kadar waktu diizin Tuhan
Tidak ku mintaLahir ke dunia
Tidak kudugaCacat begini
Bukan kuminta Kasih dan sayang
Bukan ku rayu bantu simpati
Maafkan wahai teman
Kumenumpang di sudut dunia
Mencari ketenangan
Sampai masa ku pergi jua...
Tiada apa yang kita perlukan didalam hidup ini melainkan kegembiraan, tetapi tidak semua manusia bernasib baik. Mungkin ini takdir mereka tetapi jangan biarkan mereka terasing. Bantulah mereka kerana mungkin dengan sedikit nasihat dan senyuman mampu membuat mereka bersemangat... Setiap apa yang terjadi pasti ada hikmah disebaliknya yang kita tidak tahu.. Hanya Allah yang maha mengetahui.. Sama2 la kita berdoa dan terus mengabdikan diri padaNYA... Amin...




0 comments:
Post a Comment